クイックアプリ検索 »   新着 | 値下げ | 無料 | 高評価 | 新着オススメ! | キニナル! | 新着動画 | iPad新着 | iPad値下げ | iPadオススメ!
APPLICATION INFO - iPhoneアプリの詳細情報
TOP > ゲーム > Cari Kata

Cari Kata

無料
  • このエントリーをはてなブックマークに追加
  • Share on Tumblr
  • Check
Cari Kata adalah permainan yang penuh dengan cabaran, menarik dan amat mengasyikkan selain ia juga menguji kecekapan minda dan mata serta pada masa yang sama pemain dapat mengetahui dan mempelajari perkataan-perkataan baru.

Cari Kata mengandungi lebih 9,000 perkataan Bahasa Melayu. Apa yang menarik adalah setiap permainan akan direka secara rawak. Dengan itu, yang pastinya setiap permainan adalah unik & sudah tentu memberi cabaran baru kepada pemain setiap kali mencuba. Ini dapat memastikan pemain tidak akan jemu dengan setiap cabaran yang ditempuhi.

Cari Kata juga dibentuk dalam pelbagai peringkat agar ianya sesuai untuk semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau sesiapa sahaja.

Sebagai tambahan, Cari Kata diintegrasikan dengan pusat 'Game Center' di mana rekod para pemain akan disimpan 'online'. Dengan ini pemain dapat bersaing dan membuktikan siapakah yang paling handal dalam menyelesaikan Cari Kata ini.

Dengan adanya 'Game Center' juga, para pemain dapat bersaing dengan rakan-rakan atau ahli keluarga masing masing. Caranya adalah dengan adanya sistem pelawaan ('invite') atau juga melalui carian cabaran ('match making') yang telah diintegrasikan di dalam permainan Cari Kata ini.

Melalui sistem pelawaan, pemain dapat mengajak mana-mana rakan untuk perlawanan satu lawan satu di mana kedua-dua pemain akan diberi Cari Kata yang sama untuk diselesaikan. Pemain yang dapat menyelesaikan Cari Kata paling cepat akan diisytiharkan sebagai pemenang dan rekod kemenangan akan disimpan di pusat 'Game Center'.

Di dalam carian cabaran pula, pemain hanya perlu mengaktifkan cabaran dan pada masa yang sama pemain lain yang juga sedang mencari cabaran akan diketemukan satu lawan satu. Seperti di atas, pemenang akan direkodkan di pusat 'Game Center'.

Jadi, buktikan kepada dunia siapakah Juara Antara Juara di pusat 'Game Center' kerana rekod permainan ini juga diintegrasikan bersama permainan versi bahasa inggeris (Word Zap!) & bahasa perancis (Mots Zap!).

Setiap rekod kemenangan juga akan disimpan di peralatan masing masing secara 'offline'. Dengan ini setiap ahli keluarga atau rakan yang berkongsi bermain dapat juga membuktikan siapakah yang paling handal dalam menyelesaikan Cari Kata.

Selamat mencuba!

** Kami berharap pengguna dapat menghubungi kami di info@push.my jika terdapat sebarang masalah atau 'bug' dalam pirisian ini sebelum memberi sebarang komen pada ruangan komen di 'App Store' kerana kami tidak boleh memberi maklum balas kepada komen anda di situ. Sebarang cadangan, komen & laporan masalah ('bug report') adalah dialu-alukan. Terima kasih semua!
カテゴリー
ゲーム - パズル
リリース
2012/11/27
バージョン
1.0
言語
英語
サイズ
8.1 MB
条件
iPhone 3GS、iPhone 4、iPhone 4S、iPhone 5、iPod touch(第3世代)、iPod touch (第4世代)、iPod touch (第5世代)、およびiPad
スクリーンショット
  • https://is2-ssl.mzstatic.com/image/thumb/PurpleSource124/v4/6b/19/be/6b19befc-92f7-1557-8687-2a2a27859496/3942acfc-9413-4259-9ac3-ba6e76ee27c8_1Screen_Shot_2020-08-09_at_6.04.32_PM.png/392x696bb.png
  • https://is2-ssl.mzstatic.com/image/thumb/PurpleSource114/v4/8f/22/0a/8f220a88-86aa-00a4-0ec4-6a7f4b41bbab/490a0e41-c89e-41de-a194-1daaa67c9f5a_1Screen_Shot_2020-08-09_at_6.05.56_PM.png/392x696bb.png
  • https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/PurpleSource114/v4/1f/c1/83/1fc183b3-ae4a-e082-9df6-9b811d6f91b2/1c2e305a-9139-44b1-8523-7b8b4e5b259b_1Screen_Shot_2020-08-09_at_6.24.52_PM.png/392x696bb.png
  • https://is4-ssl.mzstatic.com/image/thumb/PurpleSource114/v4/33/c7/f5/33c7f5f3-f6e6-ed33-b689-2b344c8c5835/cbc280b7-2622-4883-ba95-1864b994ef84_1Screen_Shot_2020-08-09_at_6.17.09_PM.png/392x696bb.png



このアプリのYoutube動画がある場合はURLを送信してください。詳細 »